Wednesday 11 April 2012

penyebab utama kenapa "mereka" selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika!


comel ke??

yup!! kenapa mereka sentiasa sihat dan bahagia ?????
law mereka putus cinta pun kita x dapat nak agak kerana mereka tidak pernah tunjuk yang mereka sedang bersedih!! hehe

bahagiakan??
dear readers ^_^
maaf yer.. bella bukan nak samekan anda ngn mereka.. cuma nak ajak readers semua mengetahui kelebihan dan kebaikan peberet fruit mereka..hee ye ye itu lah dia banana !!




1. Penampilan menawan
sejak dahulu lagi , pisang telah digunakan sebagai bahan untuk topeng kecantikan wajah. ini kerana kandungan anti penuaan yang dipercayai terdapat dalam pisang. tapi.. camne ye?? huhu senang je.. kisar pisang dengan madu then titikkan beberapa titis oren. sapu pada muka, biarkan beberapa minit sebelum dibilas.

2. Kecantikan semula jadi
untuk gurl yang nak kulit bersih dan tak berminyak ley la makan banana.. ^_^ bukan suruh jadi monkey taw hehe :P
selain itu bahagian dalam kulit pisang dapat membantu menenangkan kulit dan mengurangkan jerawat.
p/s : dulu time zaman sekolah bella pernah buat..hari-hari :P err.. boley la..

3.Pisanag mampu buat anda gembira.
protein dalam pisang yang dikenali sebagai triptofan ditukar kepada serotonin oleh badan manusia. serotonin adalah sejenis bahan yang mampu menghasilkan perasaan tenang, bangkitkan mood dan secara keseluruhannya buat kita gembira. so, kalau readers rasa kecewa, cubalah nikmati keenakan buah pisang, then rasakan perubahan perasaan negatif kepada positif ^_^

4. Hindari stress
bila kita stress or menghadapi tekanan, kadar metabolik kita akan meningkat, pada masa yang sama menurunkan paras potasium dalam badan. pisang lak mengandungi potasium yang tinggi. ha time ni la pisang dapat membantu kita kembalikan kadar potasium dalam badan hingga paras normal ^_^ . degupan jantung dan aliran oksigen dalam badan juga boleh kembali normal.

5. Sebagai sumber tenaga
pisang dapat dicerna dengan mudah, gula yang terkandung di dalamnya akan diubah menjadi sumber tenaga yang bertindak secara cepat dan berkesan. ia baik untuk pembentukan tubuh, fungsi otot dan sangat berkesan untuk menghilangkan penat.

6. Merangsang otak
pisang membantu merangsang fungsi otak disebabkan potasium yang terkandung di dalamnya. hasil penyelidikan mendapati potasium membantu seseorang menjadi lebih peka dan berhati-hati. cuba makan sebiji pisang sebelum menduduki peperiksaan atau menghadiri temuduga. mungkin dapat membantu ^_^

7. PMS
lupakan pil-pil hospital yang besar2 tu, makan je pisang. Vitamin B6 yang terkandung dalam pisang mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah dan boleh mengembalikan mood anda.
p/s : bella x suka makan ubat yang berupa pil hee ^_^v peace no war..

8. Anemia
dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tidak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

9. Tekanan darah tinggi
buah tropikal ini mengandungi kadar potasium yang tinggi รข€“ garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabikan tekanan darah.

10. Lain-lain penyakit kulit
pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap dan sebagainya, ambil kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa. 
so, pisang  memenag merupakan ubat semulajadi kepada kebanyakan penyakit. jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandunagn protein, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi dan 2 kali vitamin dan mineral lain. pisang merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

kenapa tetiba bella nak cerita sal pisang??
sebab bella pun suka makan pisang..
tapi bukan pisang yang besau2 tu..
pisang yang bella suke pisang yang kecik2 tu..
tak tahu la name die ape..
tapi tokmak kate pisang "40 hari"
sebab die masak dalam tempoh 40 hari kot hehe
^_^





1 comments:

  1. Buah mmg best kan?mmg byk kjasiat yg kita dpt dr buah,huhuhu,bkn stakat boleh mkn je,bleh buat mcm2, nk cantik pn kita boleh bykkn mkn buah,jom jenguk blog saya,kita sama2 berkongsi..www.mysufisecret.blogspot.com

    ReplyDelete

Writen by ..