kita masih boleh bergelak ketawa bersama rakan-rakan. acting like everything is good. orang sekeliling masih dapat melihat seperti kita tiada masalah dengan si dia. sehingga ada yang mengatakan mereka tidak pernah BERGADUH!!
tetapi di dalam hati siapa yang tahu??
Diawal percintaan setiap kesilapan yang berlaku begitu mudah untuk dimaafkan. semuanya kelihatan bahagia dan sempurna. namun dikala usia percintaan kian matang, hubungan cintanya semakin pudar dan sering bergaduh, seperti ada saja yang tidak kena. mahu di putuskan dalam hati masih ada rasa sayang dan cinta. namun jika diteruskan pasti ada yang akan merana dan sengsara di kemudian hari.
mungkin kita tersalah langkah, salah bertindak atau mungkin salah mengadaptasikan kembali rasa cinta itu kepada hubungan seperti dulu kala..
kita hanya membuatkan hubungan semakin jauh, semakin cepat rasa marah, baran dan sebagainya..
oleh itu bella cari panduan-panduan yang dapat dikongsi bersama mereka yang juga punyai cinta ^_^
sebelum tu jom kita lihat punca-puncanya telebih dahulu..
1. CUAI MENJAGA HATI
hati adalah satu perasaan yang sangat halus. hanya mereka yang benar-benar bercinta sahaja yang dapat merasainya. tetapi kadangkala mulut saja yang mengungkapkan, tidak beserta dengan perasaan. namun jika hanya percakapan saja tidak disertakan dengan cara, perbuata dan sebagainya, hati tidak akan merasai nikmat cinta itu. tidak hairanlah ia semakin pudar dan hanya tunggu masa untuk berpisah.
2. BOSAN
apabila menjalin hubungan terlalu lama, terikat dengan satu komitmen, kita akan mudah merasa bosan. tambahan pula ada beberapa perangai/tingkahlaku yang kurang menyenangkan pasangan tetapi kita tidak berubah dari awal perkenalan sehinga lah sekarang..
memang benar cinta itu haruslah diterima seadanya, tetapi tidak salah kan jika kita perbaiki diri kita dan elak melakukan sesuatu yang kurang menyenangkan pasangan. ^_^
3. JARAK JAUH
cinta jarak jauh memerlukan pengorbanan, kasih sayang, kapercayaan dan sebagainya. namun cinta akan semakin pudar apabila hubungan semakin menjauh terutama apabila sesuatu hubungan itu terlalu lama.
4. TERLALU CEMBURU
sikap si dia yang sentiasa mengawal membuat pasangan menjadi rimas dan tertekan. mana kamu pergi semuanya harus diberitahu dulu. paling membosankan apabila terlalu banyak syarat yang ditetapkan. sehingga menyimpan no tel rakan2nya dan membuat tuduhan melulu.
5. SELALU MENGUNGKIT
si dia amat menyayangi pasangannya, tetapi sikap pasangannya yang selalu mengungkit hal-hal yang telah berlalu membuatkan si dia berasa bosan dan tertekan. tambahan pula jika pasangannya sering bertanyakan perihal bekas kekasih yang tidak pernah lagi si dia memikirkannya.
6. TIADA LAGI PERSEFAHAMAN
semakin lama mengenali pasangan, buruk baiknya sudah tiada lagi menjadi rahsia. selain itu anda akan kerap bergaduh walau untuk hal2 yang remeh. dalam situasi ini keadaan akan bertambah buruk apabila kekasih bertemu dengan orang lain yang dirasakan lebih memahami jiwa raganya. dan kekasih lebih cenderung untuk meluahkan isi hati kepada orang tersebut sekaligus menjauhi pasangannya.
antara jalan penyelesaian yang bella dapat adalah:
1. Permulaan Baru. apa kata kita mengajak pasangan mulakan dari awal. mungkin kelihatan agak kelakar. tetapi manalah tahu di situ ada perubahan.^_^ ini kerana Semua perhubungan nampaknya ''sempurna'' apabila baru bermula dan semua pasangan berasa bahawa ''pasangan mereka dicipta untuk dirinya''. Lagipun, pada mulanya, kita berasa lebih positif dan tidak menghiraukan atau menepikan tabiat buruk pasangan kita.
2. Beri masa dan ruang untuk kamu dan si dia berfikir dengan tenang apakah kalian masih memerlukan antara satu sama lain.
3. Wujudkan perasan rindu dalam diri masing-masing. andai masih ada rindu pasti ada sayang ^_^
4. Uji diri hidup tanpa si dia. mapu atau tidak??
5. Pergi ketempat yang jauhh dari kesibukan adalah cara paling baik untuk berfikir dengan tenang. beri masa untuk berehat supaya kalian boleh berfikir dengan lebih rasional untuk membuat keputusan tanpa dipengaruhi anasir2 luar.
6. Ini adalah masa yang paling sesuai untuk kamu menguji kesetiaannya. disaat kamu tiada di sisinya adakah si dia masih setia menanti kamu ataupun si dia dengan sselambanya berdampingan dengan orang lain =='
p/s : tinggalkan sesuatu pada si dia yang tidak akan pernah si dia
jumpa pada orang lain (^_^,) <3
0 comments:
Post a Comment