Monday, 23 April 2012

kehebatan seorang wanita


Hello readers !! ^_^
entry kali ni bella nak cerita perihal seorang wanita.. di mana terletaknya kehebatan insan ini.. 
wanita adalah satu ciptaan yang maha kuasa yang paling indah.. diciptakan dengan penuh kehalusan dan kelembutan tetapi ada pepatah yang mengatakan bahawa 'tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia' jadi,, bagaimana..? sedangkan mereka bukan gagah perkasa..



1.percayalah,, tanpa wanita,, kaum adam tidak akan berjaya dan sempurna.. kenapa?
sejarah islam sendiri menceritakan mengapa hawa diciptakan oleh Allah s.w.t
ini kerana Nabi Adam a.s sentiasa rasa kesunyian dan keseorangan.. lalu Allah yang maha mengerti tentang perasaan Nabi Adam a.s telah menciptakan seorang wanita dari tulang rusuk Adam yang bengkok itu.. ini membuatkan kadang kala wanita sukar dibentuk kecuali dengan kebijaksanaan yang ada pada sifat-sifat pemimpin seorang lelaki.. dicipta dengan sifat-sifat seperti lemah lembut, manja, hati yang penuh rasa cinta.. sifat-sifat itu lah yang membuat kehidupan Nabi Adam a.s lengkap ^_^

kuasa yang ada pada wanita mampu membuat kemusnahan sekelip mata pada sesuatu emayar besar..


2.kejelitaan yang ada pada wanita membuatkan ramai lelaki tumpas!

pesona wanita sangat mengagumkan. berbekalkan kejelitaan yang dimiliki, mereka mempunyai kuasa dan kekuatan semula jadi untuk melemahkan kaum adam, menakluk dan akhirnya menjatuhkan. buktinya begitu banyak lelaki yang terpesona, tergoda, mahupun diperdaya oleh wanita-wanita jelita sehingga terpaksa meletak jawatan dan turun takhta.

3.kaum lelaki mudah goyah dengan layanan seorang wanita..

layanan baik yang mampu membuat lelaki goyah dan kalah apatah lagi daipada wanita yang amat dikasihi seperti isteri. bukan sahaja memdapat keredhaan allah malah untuk menjadi seorang isteri solehah wanita harus melayani dan mentaai suami.. namun, ini tidak bermakna wanita yang hanya menjadi pak turut tanpa ada kuasa menyatakan pendirian, pegangan, pendapat atau lain-lain. kerana jauh tersembunyi ,

wanita sebenarnya dianugerahkan dengan kuasa pengaruh yang jika

 digunakan dengan tepat, lelaki bersedia menurut kehendak dan 

memberi haknya.haha (ketawa jahat) :P


  • doa wanita lebih makbul darpada lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat daripada lelaki.
  • sifat ketaqwaan lebih mudah diperolehi wanita kerana kehalusan budi yang ada pada wanita.

4. cinta wanita tanpa syarat

- dia menangis melihat anaknya adalah pemenang.
- dia begitu gembira mendengar kelahiran.
- dia begitu sedih mendengar berita sakit & kematian.
- dia gembira saat melihat orang yang di sayanginya tertawa.
- dia sanggup mengundur diri jika dia mengetahui orang yang disayanginya tidak bahagia bersamanya.
-dia sanggup bekorban apa saja demi orang yang dia sayangi.
- dia tahu bahawa sebuah pelukan dan ciuman dapat menyembuh luka.
-dia selalu punya kekuatan untuk mengatasi kehidupan.


hanya satu kekurangan wanita.. 

dia lupa betapa beharganya dirinya..




0 comments:

Post a Comment

Writen by ..